Kempen Internet Selamat (KIS) SJK(C) KIANG HIN Sibu

27 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

🌐 Kempen Internet Selamat (KIS) SJK(C) Kiang Hin, Sibu, Sarawak
📅 Tarikh: 26 Ogos 2025 (SELASA)
⏰ Masa: 1.20 petang – 3.00 petang

Pada hari ini NADI Rantau Panjang telah melaksanakan Program Kempen Internet Selamat (KIS) bertempat di SJK(C) Kiang Hin, Sibu Sarawak. Program KIS ini dijalankan dibawah kendalian MCMC Cawangan Sibu.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan keselamatan Internet termasuk risiko yang dihadapi, tanggungjawab terhadap diri sendiri dan pengguna Internet yang lain serta kesan jangka panjang penggunaan Internet. Setiap peserta telah menunjukkan minat dan respon aktif semasa sesi program dijalankan.

🎯 Objektif Program:
- Membina asas kefahaman murid tentang penggunaan internet secara selamat dan kesedaran tentang had umur dalam penggunaan media sosial
- Mengajar tiga peraturan Internet: Menjaga kerahsiaan diri, serta mengenali dan melaporkan kandungan tidak selamat
- Menumpukan kepada pembentukan tabiat digital yang sihat, serta pemahaman hak dan tanggungjawab dalam talian
👥 Peserta:
Sebanyak 108 orang murid telah terlibat dengan Program KIS ini iaitu dari pelajar Tahun 3 hingga Tahun 4.
📖 Modul yang Digunakan:
- Rancangan Sesi Pengajaran(RSP) Modul Murid Sekolah Rendah (9-12 tahun)
🏫 Fasilitator:
Jumlah fasilitator yang hadir bertugas adalah seorang dari NADI PPR Seduan Rantau Panjang dan NADI Bawang Assan.
1. Fezzanne anak Raymond (NADI PPR Seduan Rantau Panjang)
2. Macsasha Erika anak Nusi (NADI Bawang Assan)
📚 Aktiviti:
Aktiviti yang dijalankan adalah:
- Penetapan Minda (15 Minit): Aktiviti Pecah Ruyung
- Pelajaran 1 (15 Minit) : Had Umur Media Sosial
- Pelajaran 2 (15 Minit) : Bahaya nya media sosial dan kesan negatif kepada kanak- kanak
- Pelajaran 3 (15 Minit) : Aktiviti Alternatif dalam talian dengan selamat.
- Aktiviti Musang, Ibu Ayam dan anak anak nya (20 Minit)

✅ Hasil Program:
Secara keseluruhan, program ini berjaya mencapai objektif dengan memberi penekanan dan kesedaran kepada murid tentang cara menggunakan internet secara berhemah, bijak dan selamat. Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah SMK Sungai Merah, Sibu kerana telah sudi bekerjasama dalam menjayakan Program KIS ini. Para pelajar juga mendapat kesedaran dan penggunaan internet yang positif dan bertanggungjawab.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali